Friday, February 22, 2013

Mati

Wahai dimensi maya,
Aku hampir lupa,
Alpa realiti dunia,
Semua kerana cita-cita.

Aku rindu awangan,
Bermain dengan kata,
Membuka kotak minda,
Selami prosa bahasa.
 
Duduk diam pujangga,
Lihat, dengar, rasa,
Cari konklusi merata,
Selesai matematik kira-kira.

Suatu masa ketika,
Kita akan bersua,
Hanya kita berdua,
Seni dan manusia.

Tunggu aku balik, kita main sama-sama.