Tuesday, January 22, 2013

Mata | harI


Mentol cahaya lingkungan orbit,
Wujud sebelum kemasyuran Philip,
Menyilau silau pabila terbit,
Tiada malap lagikan kerdip.


Apa kau tahu kau lebih dari itu, matahari?


|                |                |                |                |


Bila pagi 90 darjah,
Statik emosi kosong sahaja,
Suram seperti tiada daya,
Lakonan drama apakah nantinya.


Bila tengahari 180 darjah,
Bahang gurun makin parah,
Emosi mengarok bagai dirasok,
Mencari mangsa untuk dibedok.


Bila petang 270 darjah,
Penat keluh emosi diwajah,
Bahan radioaktif jadi pasif,
Tiada kecamuk lagi sensitif.


Bila senja 360 darjah,
Bahang tiada lagi menjajah,
Tiada kusut kayak kelimumuran,
Yang wujud tenang kesabaran.


|                  |                |


Selalu subuh kau diperlukan,
Selalu zohor kau dilemparkan cacian,
Selalu asar kau masih menahan,
Selalu maghrib kau merajuk kepiluan,
Selalu isyak kau memujuk sendirian.


|               |


..dan akan berterusan mengikut.. 
..format pusaran..
  

|


" kerana itu satu suruhan dari ar-Rahman "

Friday, January 18, 2013

Reborn

Ya.. hari ini.. 
Memberi makna kepada dunia bahawasanya aku mendaftar ke-20 kalinya sebagai salah seorang penduduk planet bumi yang sah kerakyatan bukan warga makhluk asing.

Ya.. hari ini..
Aku mimpi melihat cahaya benderang disebalik jendela perut seorang manusia aku berhutang budi sampai mati mak, disambut meriah dengan pesta joget lambak dari para doktor yang bertungkus-lumus menunggu aku di airport kemaluan.

Ya.. hari ini..
Menjadi bibik sejarah terulung ayah mak yang menjadi mukadimah perlantikan mereka sebagai seorang ibu dan bapa untuk seorang anak sulongnya.

Ya.. hari ini..
Dari belasan ke dua puluhan, berakhirnya zaman kegemilangan keremajaan beralih kedewasaan yang lebih mencabar mengharungi kehidupan.

Ya.. hari ini..
Jumaat, penghulu segala hari dan menjadi saksi kelahiran dan kehidupan aku selama 20 tahun penuh dengan hitam putih pelangi.

Ya.. hari ini..
Menghabiskan 24 jam sehari dengan ahli keluarga bergelak ketawa teringat peristiwa yang menjadi punca gelak dan tawa.

Ya.. hari ini..
Terima kasih kepada semua yang masih menghargai dan menerima kewujudan aku dan tidak putus mendoakan dan laungan meraikan.

Ya.. hari ini..
Jasad dan roh aku masih disini. Aku masih diberi peluang untuk hidup lagi.

Syukurillah..


"Selamat lahirnya aku ke-20 kalinya lagi"
 

-18 Januari 1993 untill now.


Saturday, January 12, 2013

Apa ada.. dalam itu?


Apa ada.. dalam poket?
Tersorok sesuatu dalam dompet,
Helaian tersulit dan rahsia,
Tebusan rasuah atau budi bicara.

Apa ada.. dalam otak?
Sebiji anugerah akal warak,
Pusat jajahan input maklumat,
Diguna panjang atau singkat.

Apa ada.. dalam hati?
Aplikasi canggih software emosi,
Kebal dari helah muslihat,
Bisa berkilau mahupun berkarat.

Apa ada.. dalam dunia?
Pelbagai hidupan orbit ketiga,
Manusia pengarah penentu sejarah,
Berteras mahmudah dan mazmumah.

Siapa tahu.. itu semua?

Hanya satu Tuan Empunya,
Bersifat ad-din seperti agamaNya,
Semua didalam semua terpendam,
Maha mengetahui se-universal alam.


Aku,

Kau,

Dia,

Mereka..


Tidak akan terlepas dari genggamanNya..   so,nak lari mana (?)

Friday, January 4, 2013

I Am Number Six

Pandangan tak lagi jelas .

Sudut utama sistem kawalan dirosakkan virus trojan. Habis memamah segala neuron. Kepulan asap kelam lantas meletus disetiap rongga embun rambut.. Akulah Ghost Rider yang mengamuk dikala malam untuk melepaskan geram yang aku genggam. Menjerit seteriak mungkin!
Seperti saja mencabar dunia.

Pendengaran tak lagi kemas .

Gegendang telinga rabak dirobek perkataan sial. Berdarah mengalir menitis dihujung cuping lalu rebah ke dunia.. telapak tak mampu menapis makian durjana makin parah aku dibuatnya. Memekik sebisa mana! Seperti saja meninggi suara.

Percakapan tak lagi pantas .

Jahitan iris bibir dikait ketat dengan telunjuk "so-sial". Langsung kelu aliran pembuka kata yang ada kelu dari suara. Lidah tiada izin lagi untuk mencoba walau sekilas gigi dari pandangan mata. Senyuman tak lagi mengukir hanya kekecewaan diberi terus azali. Kumat-kamit tak kata bahasa. Pejam mata serapat mana!
Seperti saja memerah air mata.

Pernafasan tak lagi kilas .

Tekan dada jati proses CPR sendiri agak bodoh tapi itu hiper bola puisi. Tersekat angin dilohong kerongkong seperti sekatan jalan raya. Jantung makin mengeluh menunggu bekalan, menghentak sang paru dan organ lain tidak tentu hala. Mengamuk seperti seorang gian dadah durjana. Tarik nafas sepanjang harkat mana!
Seperti saja merentap nyawa.

Perlakuan tak lagi bebas .

Badan berat sesarat dosa. Tulang lipatan kesat pelat ketandusan pelincir legamen. Kalsium yang tinggal tak mampu membaiki rekahan yang kian merekah. Seperti berbadan tua padahal jiwa belia, abdomen dan otot tak lagi bekerjasama. Tulang belakang makin condong seperti pokok kelapa tua. Berusaha gerak sekujur mana!
Seperti saja melumpuh binasa.

Akhirnya aku tak lagi kuasa kerana jiwa tidak lagi bernyawa..
Yang tinggal deria sebaliknya..

Enam..

Masih kuat merasa walau satu hingga lima tidak berfungsi seperti dulu kala..
Menetap didunia, hidup diakhirat sana..

Habis cerita.

"I am number six"