Monday, December 1, 2014

Sedar

Satu masa kau akan sedar,
Kaya miskin mereka tak seberapa, 
Sebab apa yang lagi bermakna,
Usaha mereka untuk jadi ibubapa. 

Dan aku cuba untuk jadi anak, 
Sebaik-baik seorang anak. 

Friday, October 3, 2014

Aku & aku

Mata ini selalu pejam,
Bila angin mula melerai,
Menekan setiap tajam,
Biar tumpul lalu terurai.
 
Tubuh ini telah rosak,
Lusuh seluruh ruang,
Kulit seperti retak, 
Mungkin tiada peluang.

Aku,
Aku menunggu, 
Aku berharap,
Balik dalam jasad,
Aku. 

Jumaat 
3 Oktober 
12:39 am