Terhasil sendiri ilham Ilahi,
Mencipta fikiran yang berevolusi,
Otak kanan menjadi saksi,
Sebuah dunia karya halusinasi.
Kau percaya wujud ruang imaginasi? Takpa..
Pejamkan mata,
Luaskan telinga,
Hirup suasana,
Kembangkan minda.
Sekarang, apa yang kau rasa? "Aku rasa.. "
Itu potensi akal mistik,
Neocortex dan Thalamus bertemu,
Bukan logik tetapi realistik,
Lebih berharga dari ilmu.
"Imagination is more important than knowledge" - Albert Einstein
Meneroka nun ke angkasa,
Menyingkap segala rahsia,
Bisa sejauh cahaya masa,
Berbekalkan aura enam pancaindera.
"I declare myself as a being imagination." - T.K Coleman
Seperti diri manusia mutasi,
Karakter komik menjadi realiti,
Terus hadapi abaikan maki,
Kerana imaginasi membuat aku infiniti.
Aku antara mereka : The power of imagination makes us infinite.
Mungkin aku seorang yang berkeperibadian Skizofrenia, ianya adalah sejenis "gangguan psikotik" tapi bagi aku lagi sedap dipanggil "anugerah". Mungkin juga seorang yang tegar akan seni.
Impaknya, aku mampu melihat apa jua keadaan terlintas diminda terus terpancar diskrin mata dengan jelas dan segalanya dalam keadaan yang logik. Itu pelik bukan? tapi menarik.
Kadang kemampuan ini tidak sukar membezakan realiti dan fantasi. Cuma mereka yang mengalami sahaja yang dapat memahami apa yang aku bebelkan dari tadi.
Terima Kasih :)

No comments:
Post a Comment