Setelah 3 hari menghabiskan waktu tidur untuk melukis, inilah yang termampu aku hasilkan. Mental dibuatnya nak bermain dengan cahaya, lipatan dan kaburan. Mesej dalam ilustrasi aku ni masih kabur dan jauh lebih hebat juru kamera yang mengambilnya. Tapi aku berpuas hati walaupun semasa proses aku tidak terlalu fokus dan teliti. Kira buat main-mainlah. Banyak yang aku tinggalkan (softskill) demi pelajaran aku. Dan inilah masanya aku memuaskan ketagihan aku melukis bila cuti semester.
Ramai yang memilih untuk bekerja tetapi aku memilih penuhi masa dengan mengenal kembali bakat sendiri. Bagi aku, duit tidak setanding dengan nilai bakat diri kita. Aku tahu hidup memerlukan duit, tapi duit bukan alasan kita tidak bisa hidup kerana bakat adalah anugerah dari Allah. Aku terlalu bersyukur dengan kewujudan begini. Aku cuma berharap jika aku terpaksa berpisah dengan anugerah Kau, biarlah saat malaikatMu menjemput aku kembali kepadaMu. Dan aku rela selepas itu. "Terima kasih" untuk yang memuji, "aku usaha lagi" untuk kritikan membina. Arios :)

seriously, yang ni cantik sangat, u have the talent :)
ReplyDeleteWhat comes around is from Allah, Alhamdulillah. Thanks :)
ReplyDelete