Saturday, January 12, 2013

Apa ada.. dalam itu?


Apa ada.. dalam poket?
Tersorok sesuatu dalam dompet,
Helaian tersulit dan rahsia,
Tebusan rasuah atau budi bicara.

Apa ada.. dalam otak?
Sebiji anugerah akal warak,
Pusat jajahan input maklumat,
Diguna panjang atau singkat.

Apa ada.. dalam hati?
Aplikasi canggih software emosi,
Kebal dari helah muslihat,
Bisa berkilau mahupun berkarat.

Apa ada.. dalam dunia?
Pelbagai hidupan orbit ketiga,
Manusia pengarah penentu sejarah,
Berteras mahmudah dan mazmumah.

Siapa tahu.. itu semua?

Hanya satu Tuan Empunya,
Bersifat ad-din seperti agamaNya,
Semua didalam semua terpendam,
Maha mengetahui se-universal alam.


Aku,

Kau,

Dia,

Mereka..


Tidak akan terlepas dari genggamanNya..   so,nak lari mana (?)

No comments:

Post a Comment