Friday, January 18, 2013

Reborn

Ya.. hari ini.. 
Memberi makna kepada dunia bahawasanya aku mendaftar ke-20 kalinya sebagai salah seorang penduduk planet bumi yang sah kerakyatan bukan warga makhluk asing.

Ya.. hari ini..
Aku mimpi melihat cahaya benderang disebalik jendela perut seorang manusia aku berhutang budi sampai mati mak, disambut meriah dengan pesta joget lambak dari para doktor yang bertungkus-lumus menunggu aku di airport kemaluan.

Ya.. hari ini..
Menjadi bibik sejarah terulung ayah mak yang menjadi mukadimah perlantikan mereka sebagai seorang ibu dan bapa untuk seorang anak sulongnya.

Ya.. hari ini..
Dari belasan ke dua puluhan, berakhirnya zaman kegemilangan keremajaan beralih kedewasaan yang lebih mencabar mengharungi kehidupan.

Ya.. hari ini..
Jumaat, penghulu segala hari dan menjadi saksi kelahiran dan kehidupan aku selama 20 tahun penuh dengan hitam putih pelangi.

Ya.. hari ini..
Menghabiskan 24 jam sehari dengan ahli keluarga bergelak ketawa teringat peristiwa yang menjadi punca gelak dan tawa.

Ya.. hari ini..
Terima kasih kepada semua yang masih menghargai dan menerima kewujudan aku dan tidak putus mendoakan dan laungan meraikan.

Ya.. hari ini..
Jasad dan roh aku masih disini. Aku masih diberi peluang untuk hidup lagi.

Syukurillah..


"Selamat lahirnya aku ke-20 kalinya lagi"
 

-18 Januari 1993 untill now.


2 comments:

  1. Selamat ulangtahun.Samalah kita :) Blogger pertama sama tarikhnya.Cuma beda angka.Manfaatkan umur diberi.

    ReplyDelete
  2. Wahh..orangnya gak sama, tapi hatinya sama. satu kata maksud yang sama :) selamat lahir kembali juga brotha :)

    ReplyDelete